Staf tak bagi buka kotak di kedai, dah sampai rumah terkilan saiz baju dengan seluar lain

Beberapa hari lagi bakal menjelang Aidilfitri, kita menyaksikan pelbagai keluhan orang ramai berhubung pakaian raya yang dibeli oleh mereka.

Baik secara 'walk in' atau atas talian, kedua-duanya seperti menghampakan pelanggan bilamana baju yang diterima tidak setanding kualiti sepertimana yang diberitahu menerusi iklan.

Staf tak bagi buka kotak

Berkongsi pengalaman sama, dia dan isterinya sepakat ingin membeli baju raya di gedung pakaian terkenal iaitu JAKEL untuk tahun ini.

Memandangkan mereka membeli secara 'walk in', harapannya tiada sebarang masalah sepertimana orang lain yang membeli secara atas talian kerana jika beli terus di kedai, boleh melihat lebih terperinci 'design' baju tersebut.

  

 

Percaya bulat-bulat

Walau bagaimanapun, lain pula yang terjadi apabila staf di situ tidak membenarkan pelanggannya membuka kotak pakaian tersebut.

Jadinya, mereka percaya bahawa pihak kedai tidak akan menghampakan memandangkan jenama tersebut juga sudah dikenali ramai.

Sekali dapat saiz lain

Apabila saat ingin mencuba pakaian itu di rumah, masing-masing jadi tak keruan bilamana saiz seluar dan baju dalam kotak itu berbeza.

Jika diihat, seluar yang dipakai suaminya sangatlah besar dan labuh, pun begitu mujur saiz bajunya adalah bertepatan dengan saiz yang diminta.

Namun begitu, sang suami sepertinya hanya mampu pasrah mengenangkan nasib diri, malah sempat berjoget sewaktu mengenakan baju itu pada badannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen