Jarang jumpa sebab kerjaya, anak sebak dapat lambai ayah ketika selisih kapal

Tiada anak ingin berjauhan dengan orang tuanya, nak pula kalau mereka adalah anak tunggal yang tidak mempunyai adik beradik lain.

Terfikir pula bagaimana ingin memantau keadaannya setiap waktu, makan pakainya serta sakit sihatnya apabila perlu berkelana untuk tempoh waktu yang lama.

Jarang bersua dengan keluarga sebab kerjaya

Namun, jika kita tahu tugas serta tanggungjawab sebagai anak, pastinya kita perlu kuat membuat keputusan itu seperti yang kini dihadapi oleh pemuda ini.

 

@arsyaabcdefghhh

sampai jumpa nanti, ayah

♬ ANGEL BABY X ANGEL BABY - sadvibes

 

Dalam hantaran itu, menyaksikan 'moment' menyentuh hati seorang anak dan bapanya yang jarang sekali bersua kerana profesion masing-masing yang lebih banyak menghabiskan waktu di laut.

Lambai ayah dari jauh

Suatu hari, kapal pelayaran anaknya terserempak dengan kapal yang dinaiki sang ayah membuatkan hati pemuda itu berombak kerana tidak sabar ingin melihat sosok insan yang dirindui.

Mengambil peluang itu, awal-awal lagi dia telah menunggu di tepian kapal semata ingin melambai ayah walaupun hanya dapat melihatnya dari jauh, namun sedikit sebanyak terawat rindu di hati.

"Aku terharu..."

Dalam waktu sama, warganet ikut sebak melihat 'moment' pertemuan kedua-duanya.

"Air mata saya jatuh"

 

"Kesian lagi ibunya"

Namun, rasa rindu mereka itu mungkin tidak sehebat ibunya berada di rumah yang terpaksa berjauhan dengan suami dan anak dalam satu masa.

"Terpaksa berjauhan dengan suami dan anak"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen