Rekod video anak buah sambil kata nak ngorat, netizen kecam sikap lelaki- "Jijiknya perangai pak sedara!"

Oleh: Shasha Zack

Di hari raya, pastinya semua ahli keluarga saling mengunjungi antara satu sama lain. Pertemuan antara saudara mara pastinya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka.

Namun begitu, berbeza dengan sikap seorang lelaki yang merakam anak buahnya, sambil mengeluarkan kata-kata tak sedap didengar, hingga dikecam netizen.

"Nak ngorat, tapi anak buah sendiri, pening kepala..."

Perkonsian @Izzati Rosdi di Twitter menunjukkan video seorang lelaki yang dipercayai merakam anak buahnya sendiri, sambil menyatakan keinginan untuk mengurat gadis berkenaan.

Apa yang membuatkan netizen jijik dengan sikapnya adalah, dia yang merupakan bapa saudara, sanggup berkata sedemikian kepada gadis yang merupakan seorang anak saudaranya..

 

"Dengan pak sedara sendiri, scary plus jijik.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seriau dengan penyataan seorang lelaki yang mempunyai pertalian darah, sanggup menyatakan 'nafsu'nya untuk mengorat anak buahnya, yang sepatutnya dianggap sebagai anak sendiri..

Malahan para netizen mengecam sekeras-kerasnya perlakuan ini malahan tegas menyatakan bahawa hal ini tidak sepatutnya terjadi..

"Creepy.."

"Anak2 buah saya dah macam anak sendiri..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen