Tampar anak, hempas handphone ke lantai, ibu naik darah anak main 'game' 24 jam tanpa henti

Oleh: Shasha Zack

Ketagihan permainan video oleh budak-budak zaman sekarang dilihat semakin teruk. mana taknya, rela menghadap permainan video hingga tidak berbuat apa-apa, pastinya akan menaikkan darah orang tua.

Itulah yang berlaku pada seorang ibu ini, yang naik hantu apabila anak lelakinya langsung tidak mengendahkan panggilannya.

"Kau ni main game 24 jam, turun masak maggi, naik balik main game.."

Perkongsian @indonesiawanderfull di Tiktok menarik perhatian ramai yang menyokong tindakan ibu ini, menampar dan menghempas telefon bimbit anaknya ke lantai.

Hal ini difahamkan kerana ibu ini telah lama bersabar dengan sikap anaknya yang sentiasa berkurung di bilik dan bermain permainan video tanpa henti kecuali ketika makan.

@indonesiawanderfull #fyb #viral ♬ Story of My Life - One Direction

 

"Keras seorang ibu demi kebaikan anaknya.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan ibu ini yang tegas menghukum anaknya yang disifatkan melampau terhadap permainan tersebut.

"Mulut tegur dulu,kalau tak jalan tangan jalan terakhir.."

"Anak2 sekarang makin melawan cakap orang tua..."

"Walaupun aku tengah main game, tapi mak aku panggil auto tinggal.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen