Tak puas hati nasi goreng RM6, wanita mengamuk, anak baling kotak tisu pada pekerja nasi kandar

Oleh: Shasha Zack

Kerana tidak puas hati harga nasi goreng kosong dengan telur RM6, sebuah keluarga telah mengamuk di restoran nasi kandar di Bahau Jempok.

Menurut Utusan, pergaduhan yang berlaku pada 2.30 pagi itu tercetus apabila pelanggan wanita itu mengadu harga nasi telur kosong bersama telur yang terlampau mahal.

Cashier tengking mak, anak geram, baling kotak tisu..

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Ho Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang mendakwa telah ditumbuk lelaki lain semasa berada di kaunter bayaran.


"Juruwang restoran itu telah meninggikan suara kepada wanita terbabit yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur berharga RM6."

"Situasi itu menyebabkan anak wanita itu berasa berang dan mengambil kotak tisu serta membaling ke arah juruwang sehingga terkena barang-barang di atas kaunter." 

Pergaduhan makin teruk, pekerja tumbuk pengadu..

Tambah Chan Hook, keadaan semakin keruh apabila seorang pekerja melepaskan tumbukan pada pengadu sebelum dileraikan orang ramai di tempat kejadian.

Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan meminta saksi-saksi tampil untuk membantu siasatan. 

“Pihak polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.” 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen