Kancil rempuh kedai makan hingga sorang cedera, pemandu warga emas dipercayai tak sengaja?

Oleh: Shasha Zack

Tular satu video kemalangan melibatkan sebuah kereta Kancil yang merempuh sebuah kedai makan, ketika pelanggan sedang menjamu selera.

Kejadian difahamkan berlaku di Restoran Andalas Durian Daun, Melaka menunjukkan sekeliling kedai makan yang teruk dirempuh Kancil berkenaan.

Katanya kereta rosak, yang memandu warga emas pakai baju merah...

Perkongsian @along di Tiktok mengundang perdebatan ramai mengenai tindakan pemandu warga emas (yang memakai baju merah) berkenaan kemalangan yang berlaku.

Dalam video, dilihat restoran berkenaan berantakan di sana sini dengan kerusi meja yang terbalik serta bunyi tangisan dan raungan orang ramai yang terkejut.

 

@asmadeepomen79 #fypシ゚viral ♬ bunyi asal - along

"Warga emas perlu ujian memandu bersama laporan kesihatan.."

Meninjau ke ruangan komen, setakat ini belum dpaat dipastikan siapa pemandu sebenar namun orang ramai mempunyai pendapat masing-masing mengenai pemandu berkenaan.

Ada yang simpati, ada juga yang menegaskan jika sudah tidak sihat, sebaiknya jangan memandu bagi mengelakkan kemalangan sebegini..

"Rasanya driver pakcik baju merah, kesian dia.."

"Kesian kat kanak2 mesti trauma.."

"Undang2 kaji seawal atau selewat usia yang dibenarkan memandu.."

"Dia tertekan minyak, kereta semput2 mungkin clutch.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen