"Panas! Panas!." - Lelaki maut, rentung terbakar dalam kereta, sempat jerit minta tolong

Oleh: Shasha Zack

Memetik sumber Harian Metro, seorang lelaki meninggal dunia selepas Proton Persona yang dipandu terbakar di kawasan Hosba, Jitra.

Apa yang lebih sayu, jeritan meminta tolong diselang seli dengan meraung kepanasan buat orang ramai yang berdekatan sebak kerana tidak dapat berbuat apa-apa.

Hal ini berikutan kerana api yang terlalu marak dan merebak dengan cepat.

"Keadaan menyedihkan, mangsa masih di tempat duduk pemandu.."

 

Saksi kejadian, Muhammad Ayman Joshua, 36, berkata keadaan sangat menyedihkan ketika itu kerana mangsa berada di dalam kenderaan.

 

"Seperti biasa, jika ada kemalangan, saya akan ke lokasi untuk membantu menunda kereta, tetapi kes malam tadi buatkan saya sedih kerana melihat mangsa masih berada di tempat duduk pemandu.

"Keadaan ketika itu menyedihkan, namun takdir, ajalnya sudah tiba." 

 

@ahli_kubur02 Nie part dia mntak tlong..sumpah seram😩#fyp #azabdunia ♬ original sound - Fazly Paqdink

Kemalangan melibatkan Proton Persona & Toyota Velfire

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan itu pada 11.49 malam.

Kata beliau, kemalangan yang melibatkan dua kenderaan termasuk Toyota Vellfire yang dinaiki tujuh orang termasuk dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan lima tahun, manakala Proton Persona pula dinaiki seorang lelaki.

"Ketika pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan BBP Bukit Kayu Hitam tiba, Proton Persona sudah terbakar 90 peratus.

"Usaha memadam kebakaran segera dibuat dan mangsa lelaki dalam kereta itu disahkan meninggal dunia. Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut." 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen