Potong 'queue' sesuka hati, wanita geram, serang kereta depan dekat 'drive thru' - "Orang beratur lama!.."

Oleh: Shasha Zack

Acap kali kita dengar masalah yang timbul berkenaan dengan individu yang kurang bermoral, memotong barisan di mana-mana pandu lalu.

Begitulah yang terjadi dalam satu situasi tular ini, menunjukkan satu kenderaan yang memotong barisan panjang, hingga membuatkan seorang wanita naik hantu!.

"Orang beratur lama, dia sedap2 potong queue. Salah orang kau nak cari pasal..."

Perkongsian @lieana_mz di Tiktok membuatkan ramai kagum dengan sikap wanita yang berani menegur kesalahan kereta di depannya yang kurang beradab, dan selamba menyelit dikala orang ramai beratur panjang selama berjam-jam.

Difahamkan, awalnya adik lelaki empunya video terlebih dahulu telah memarahi pemandu di depan. Namun akibat tak makan saman, akhirnya isteri adiknya keluar dan memarahi pemandu tersebut hingga akhirnya dia berundur.

 

@lieana_mz Salah orang kau nak cari pasal😆😆 #fyp #viral ♬ original sound - Lie Ajer

"Respect macamni terus sembang depan.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan yang berani memarahi dan menegur tindakan kurang sopan kereta di hadapan.

Malahan, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama, hingga mereka terpaksa menegur juga tindakan individu biadap dan bersalah berkenaan.

"Aku pernah sound orang macamni.."

"Nasib dia terus blah lepas high beam.."

"Patut yang beratur lama turun beratur depan kereta dia.."

"Baru la bertemu buku dengan ruas.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen