Caption nak mengurat bapa sendiri sebab terlampau kacak, netizen kecam sikap anak- "Rosak budak2 sekarang."

Oleh: Shasha Zack

Beberapa hari lalu, tular isu seorang bapa saudara yang 'teringin' mengorat anak saudara sendiri hingga tidakannya dikecam netizen.

Terbaru, seorang gadis 'mengikut' jejak sama, memuat naik posting video bapanya dengan kapsyen ingin mengorat, buat netizen tepuk kepala.

"Haih nasib baik abah sendiri, kalau tak ngorat dah.."

Perkongsian @ekynnrossy di Tiktok membuatkan ramai tergamam dengan kapsyen yang ditulis, disifatkan tidak beradab dan sensitif dengan bapa sendiri.

"Hensem gila abah aku."

"Haih nasib baik abah sendiri, kalau tak mengorat dah."

@ekynrosnyy__

haihh nasib abah sendiri, kalau x mengorat dah nie..

♬ original sound - RYKO†††

"Caption membimbangkan, apa dalam fikiran awak sebelum tulis macamtu?.."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana hubungan ayah dan anak sepatutnya kekal sedemikian dan tidak disalah erti dalam berkasih sayang sesama mereka.

Malahan, ramai netizen yang turut bimbang dengan minda gadis tersebut yang disifatkan tidak sesuai bergurau sedemikian.

"Caption tak okay even bergurau.."

"Ghisau baca kapsyen.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen