Baru seminggu raya, ramai terkejut duit raya anak Neelofa cecah RM14K

Berkongsi 'moment' beraya bersama keluarga, muat naik hantaran aktres Noor Neelofa menjadi perhatian dan bualan hangat dalam kalangan pengguna platform tersebut.

Jumlah duit raya anak Neelofa jadi bualan 

Demikian selepas mendapati jumlah duit raya yang diperoleh anaknya, Muhammad Bilal selepas 7 hari menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 

@neelofa

 

♬ Eid Mubarak - Aayat Arif

 

Hasil kiraan Neelofa  bersama suaminya, Haris Ismail mendapati jumlah duit raya yang diterima oleh putera kesayangan mereka mencecah hingga RM14,000.

Boleh dikatakan, dia kanak-kanak yang bertuah kerana dikelilingi dengan insan yang mewah tahap kayangan, tambahan pula kedua orang tuanya juga dikenali ramai.

"Kalah orang yang dapat KWSP"

Meninjau ke ruangan komen, nampaknya masing-masing luah kagum dengan keberuntungan Bilal yang memang tiada tandingan lagi setakat ini.

Menurut mereka, jumlah duit raya yang diterima lebih dari cukup untuk seorang kanak-kanak seusianya yang masih kecil.

 

"Kita seringgit je banyak"

"Kaya sedara Bilal"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen