Geli tengok bancuh simen guna air longkang, tapi ramai pula pertahan cara kontraktor Rohingya

Setiap profesion mempunyai cara kerja tersendiri dan boleh dikatakan hanya yang berpengalaman sahaja lebih tahu apa yang mereka kerjakan.

Namun, orang kita pula sikapnya seperti peribahasa lebih sudu dari kuah. Terlalu berlebihan dalam memberi pandangan seolah-olah mereka terpaling tahu segala hal.

"Aku pilih Indonesia dari Rohingya"

Misalnya seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang mana perkongsiannya dapat dilihat menerusi akaun Tiktok tribaldon.

 

@tribaldon

Aku pilih indonesia lg dr rohingya

♬ original sound - Babyboss

 

Menyingkap lanjut hantaran tersebut, memaparkan tindakan seorang pekerja kontraktor mengambil sumber air dari longkang untuk membancuh simen.

Baginya, tindakan lelaki warga Rohingya itu keterlaluan dan jelas sekali ia kotor.

"Kena pakai air Coway"

Walau bagaimanapun, siapa sangka perkongsiannya menerima sindiran sahaja oleh warganet yang rata-ratanya tidak putus membahan lelaki berkenaan.

"Tukang rumah saya pakai air Yasin"

"Suruh pakai air Starbucks lah"

"Baru tengok orang buat kerja ni"

Menurut mereka, lelaki itu sepertinya tidak pernah melihat kontraktor membuat kerja tetapi amat lantang dalam menyuarakan respon peribadi.

 

"Jangan risau, KKM tak sita sebab kotor"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen