Terlalu rindukan arwah, kanak-kanak menangis di pusara ibu bikin sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak-anak yang sedang membesar pastinya mahukan kasih sayang dan pelukan daripada kedua-dua ibu serta bapa mereka.

Bagaimanapun, tidak semua insan bertuah memiliki keduanya, boleh jadi salah seorang ‘pergi’ dahulu sebelum waktunya.

Menangis teresak-esak rindukan arwah ibu.

Itulah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak perempuan ini apabila dilihat menangis di pusara ibunya yang telah pergi.

Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai Qasyrious memkalumkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada anaknya dia 1 Syawal lalu.

Difahamkan, ibu kepada Sumayyah telah pergi pada usia kanak-kanak berkenaan baru mencecah dua tahun disebabkan penyakit kanser.

@qasyrious Airmata pagi 1 syawal sumayyah rindu umi..turun motor terus pergi ke kubur umi nangis 😭😭😭..umi tinggalkan sumayyah masa sumayyah umur 2 tahun tapi sumayyah macam dah tahu tu kubur umi dia tanpa saya cakap 😭😭 Allahhurabbi.. #syawal2022 #airmatasyawal ♬ original sound - dekwaaaaaa - dekwacuwa

Menerusi rakaman video tersebut, dapat dilihat kanak-kanak berkenaan menangis teresak-esak berulang kali kerana rindukan arwah ibunya.

@qasyrious Sumayyah rindu umi..😭😭..#airmatasyawal ♬ Untukmu Ibu - Exist

@qasyrious Reply to @dayanamuaz ♬ original sound - kassyrious

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen tersebut. Malah, berharap anak kecil itu menjadi insan yang hebat apabila dewasa kelak.

Dia rindu belaian ibu

Peritnya hilang seorang ibu

Sabar ya dik

Moga kuat & tabah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen