Lelaki Mahir Memasak, Menjadi Idaman Setiap Wanita, Betul ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Telah menjadi idaman setiap wanita untuk miliki seorang suami yang mahir memasak. Namun, tidak ramai lelaki yang mempunyai kebolehan seperti ini. Ini tidak termasuk mahir dalam memasak air dan mee segera ye. Memasak di sini adalah makanan yang berlauk, memasak nasi ataupun makanan yang ringkas untuk sarapan pagi. Tapi apa yang istimewanya miliki lelaki yang mahir di dapur ini. Sudah pasti mereka ini mempunyai kelebihan berbanding lelaki lain.



Antara keistimewaan lelaki ini adalah, mereka ini terdiri daripada golongan yang penyabar. Jika mengendalikan hal di dapur dia begitu sabar sudah pasti dalam hal-hal yang lain juga boleh menjadi seorang yang penyabar. Mereka ini juga, akan mengendalikan hal-hal berkaitan rumah dengan penuh sabar. Jadi jika sudah mahir masak dan penyabar, pasti ia menjadi idaman setiap wanita.

Di samping itu, mereka ini juga dikatakan seorang yang pandai berdikari. Jadi tidak semua perkara akan diharapkan pada isteri. Maka kalau si isteri bertugas di luar kawasan, suami masih mampu untuk memasak makanan pada anak-anak dan tidak berharap pada isteri untuk menyediakan semuanya. Ia mampu menjimatkan perbelanjaan isi rumah jika si suami mahir dalam masakkan.



Selain itu juga, ia turut mudah dalam membantu si isteri, terutama jika isteri berada dalam pantang selepas bersalin. Sudah pasti si suami perlu mengendalikan anak-anak serta memasakkan untuk mereka. Jadi tidak perlulah si isteri yang tidak sihat untuk terus melakukan tugasnya.

Apa yang paling menariknya, jika si suami mahir memasak, pasti dia akan membantu isterinya di dapur. Jadi di situ, ia mampu mengeratkan hubungan antara kedua pasangan tersebut. Saling bergurau dan menjadi teman di dapur, baru lah si isteri tidak merunggut apabila kena memasak selepas penat bekerja.

Tetapi jika anda tidak mahir dalam hal memasak, anda juga masih boleh membantu isteri anda di dapur. Meringankan beban isteri dapat pahala ye. Jadi, jika anda masih belum berkahwin rajin-rajinkan lah diri untuk ke dapur membantu ibu anda. Untuk persiapan pada masa hadapan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen