Tumbuk pengadu 'komplen' harga nasi goreng RM6, pekerja restoran didenda RM1,500

Minggu lalu, tular sebuah rakaman video menyaksikan kekecohan yang berlaku di sebuah restoran nasi kandar.

Difahamkan, ia berpunca apabila pelanggan mempertikai harga nasi goreng berharga RM6 di premis berkenaan membuatkan salah seorang pekerja di situ jadi hilang sabar dan menumbuk pengadu terbabit.

 

Tertuduh mengaku sengaja 

Tertuduh, Mohd Isa Ramliee membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Berdasarkan pertuduhan, suspek berusia 21 tahun itu dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun.

Denda RM1,500

Oleh yang demikian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika diabit keslaahan.

Namun begitu, mahkamah hanya mengenakan denda sejumlah RM1,500, jika gagal bayar penjara sembilan bulan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen