Tolong dandan rambut adik, gelagat pemuda penyayang cuit hati ramai gadis

Oleh: Zuzu Yasmine

Jarak usia antara anak bongsu dan juga anak sulung selalunya agak jauh malah ada yang sampai berbelas tahun.

Meskipun kehadiran anak bongsu ini kadang kala mengejutkan namun mereka ini menjadi penyeri sesebuah keluarga.

Abang-abang tolong adik dandan rambut.

Sama seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Mrosyhamruslann ini apabila memuat naik gelagat adik bongsunya yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh abang-abangnya.

Dalam video tersebut dapat dilihat dua orang pemuda sedang mendandan seorang kanak-kanak yang sedang leka bermain telefon bimbit.

@mrosyhamruslann bila adik lelaki kau sorang kecil lagi haa abg abg dia lah jadi pendandan 😝 #fyp #raya2022 #raya ♬ original sound - Trisyia Azman🌸

Dapat dilihat juga kedua-dua abangnya itu sedang ibu mendandan rambut adiknya yang masih kecil dengan begitu fokus.

Pujuk adik dandan rambut

Menerusi video yang lain pula, Mrosyhamruslann berkongsi gelagat adiknya ketika dipujuk untuk mendandan rambut.

@mrosyhamruslann Reply to @nata5ha_07 susahh sebenarnyaa haaa kena pujuk macam macam baru boleh 😭 #fyp #raya2022 #raya ♬ original sound - π–’π–—π–”π–˜π–žπ–π–†π–’π–—π–šπ–˜π–‘π–†π–“

Sakan tayang rambut.

Malah, dia juga sempat memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan adik kesayangannya itu setelah siap didandan rambutnya.

@mrosyhamruslann Reply to @nasuhaamin29 oke ini hasil dia hahaha btw ni masa balik dari shoot gmbr family so rambut dia dah serabai 😭😭 #fyp #raya2022 #raya #green ♬ suara asli - gabut woi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan keprihatinan abang-abang kanak-kanak tersebut. Malah, ada juga yang seakan-akan mencuri peluang untuk berkenalan dengan pemuda tersebut.

 Comel abang eh adik

Untung jadi adik dia

Adik single tak?

Adik bongsu memang selalu kakak abang urus

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen