Sakan pandu kereta dengan laju, pemandu nyaris hilang kawalan gara-gara jem di depan

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila jalan lengang ataupun tidak ramai pengguna jalan raya, memang membuatkan ramai rasa ingin memandu laju. Namun, siapa sangka apa yang berlaku di hadapan yang mungkin boleh meragut nyawa sendiri.

Baru-baru ini, tular akan satu video memaparkan seorang pemandu sedang memandu laju namun berjaya mengelakkan jem di hadapannya.

Menerusi video yang dimuat naik laman Facebook Sukan Star TV memaparkan rakam ‘dashcam’ dari sebuah kereta yang dipercayai memandu dengan laju.

Dalam video tersebut dapat dilihat pemandu memandu dengan laju namun terpaksa mengawal keretanya ke arah longkang jalan gara-gara tidak menyangka bakal berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan cekap pemandu berkenaan.

Malah, mereka juga berseloroh akan ketakutan yang dirasai oleh pemandu tersebut.

Nasib baik pemanduan cekap

Mesti jantung nak terkeluar kan

Sendiri buat sendiri tanggung la

Bahayakan orang lain

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen