Video pasangan 'komplen' homestay Datuk tular, polis buka kertas siasatan

Niat berkongsi sekadar ingin orang lain mengambil iktibar, namun siapa sangka video luahan pasangan suami isteri berhubung rumah tumpangan (homestay) di Taiping menjadi kes polis pula.

 

Polis siasatan pasangan suami isteri

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping iaitu Asisten Komisioner Osman Mamat, pihaknya menerima laporan mengenai penularan video berdurasi 2.56 minit itu di laman Tiktok Sabtu lalu.

"Siasatan sedang dijalankan dan PDRM menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan."

-Osman Mamat-

Video pertelingkahan tular

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan luahan suami isteri yang tidak berpuas hati terhadap layanan pemilik sebuah rumah penginapan di Taiping.

 

@julietcva if korang baca review mmg ramai yang da kena dengan owner "KAMALODGE TAIPING PERAK" ni mmg owner kurang ajar ambk order kte pkol 6pm smpai ke 10.45Pm x smpai lepastu kurang ajar tp salah kan kita.. suruh kita blah tp xnk refund @tv3malaysia @thestarmalaysia @malaysianupdatenews @malaysiafoodandtravel #fyp #viral ♬ original sound - ꧁❦莎❦꧂

 

Hantaran itu, kemudiannya meninggalkan pelbagai respon daripada warganet dan tak kurang juga mangsa yang pernah berdepan situasi itu.

Tambah mereka, hal sedemikian bukan sekali dua terjadi, tetapi mereka sudah lali dengan sikap pemilik homestay berkenaan yang dipercayai bergelar Datuk.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen