Rasa hebat buli gelandangan, remaja mengaku silap, melutut minta maaf depan staf dan bos

Nak bergurau ada had, apabila tersilap langkah nasib sama mungkin akan menimpa sepertimana yang terjadi kepada remaja ini.

Staf kurier buli gelandangan?

Menurusi perkongsian Mohd Afiq dan Lowrence J di laman Facebook, menyaksikan tindakan seorang remaja berpakaian seragam sebuah syarikat kurier terkenal membuli seorang gelandangan.

 

 

Seronok hala mercun tak fikir bahaya

Jika dapat dilihat, dia dengan megahnya menghala mercun ke arah gelandangan terbabit sehingga individu itu menyorok ketakutan di sebuah bangunan.

Walau bagaimanapun, remaja berkenaan tidak serik sebaliknya memburu lagi geladangan itu dan menakut-nakutnya  dengan menunjukkan lagak seperti ingin menumbuk.

Melutut minta maaf

Dalam hantaran sama, difahamkan remaja itu berjaya ditahan oleh orang awam dan meminta agar dirinya meminta maaf kepada gelandangan itu selain perlu melutut menghadapnya.

Mengaku kesilapan diri, dia dengan wajah yang bersahaja membuat permohonan maaf itu di hadapan gelandangan itu serta staf dan juga majikan tempatnya bekerja.

 

 

Difahamkan, kejadian berlaku di Sarawak dan video tersebut telahpun tular sekaligus menjadi tontonan majoriti pengguna Facebook.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen