"Myvi takde otak ke!" - Selamba tukar simpang tak buka signal, 'rider' rempuh King hingga terpelanting!

Oleh: Shasha Zack

Acap kali kita dengar rungutan pengguna jalan raya mengenai tingkah laku pengguna kereta Myvi yang disifatkan sering mencetuskan kemalangan atau 'musibah' di jalan raya.

Hal ini sekali lagi terjadi apabila sikap pengguna Myvi yang cuai, langsung tidak membuka lampu signal hingga mengakibatkan kemalangan!

"Ya Allah apa mende Myvi ni!..."

Rakaman dashcam yang dimuat naik semula oleh Tiktok UtusanTV meraih perhatian netizen yang berang dengan tidakan pemandu Myvi yang selamba masuk ke simpang tanpa membuka lampu signal hingga mengakibatkan rempuhan dari 'rider' FoodPanda!.

Dalam video, dapat dilihat Myvi biru tersebut dari lane sebelah kiri, selamba 'memancung' ke lane sebelah kanan, dipercayai ingin masuk ke simpang namun dirempuh rider yang kebetulan sedang memecut laju.

@utusantvofficial Kejadian 10 MEI 2022 | 2.06 petang | Hadi Azwan. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound - UtusanTV

 

"Kalau ikutkan salah Myvi..."

Menerusi ruangan komen, netizen berdebat mengenai siapa punca kemalangan yang berlaku. Ada yang menyalahkan Myvi kerana tidak membuka lampu signal, tidak kurang juga yang menyalahkan rider kerana memotong di double line.

Walaubagainamapun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kemalangan yang berlaku ini.

"Signal tak bagi satu hal, potong double line satu hal..."

"Jalan dua hala kot, moto yang salah..."

"Bagilah signal sebelum membelok.."

"Allahuakbar, sian rider..."

"Myvi, what do you expect.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen