Pakai tudung tapi suka menari, K-Pop 'dancer' dari Malaysia tegaskan suka jadi diri sendiri

Oleh: Shasha Zack

Siapa yang tidak mengenali gadis dari Malaysia, Sabrina Azhar, 22 yang merupakan penuntut di salah satu Universiti di Korea Selatan.

Dengan imejnya yang berhijab, gadis ini sentiasa tampil yakin menjalankan aktiviti sehariannya dan kini difahamkan sedang melakar nama dalam bidang tarian di negara tersebut.

Image

"Saya pakai tudung tapi saya suka menari..."

Terbaru dalam satu temubual BBC World Service di Korea, Sabrina menceritakan sisi kehidupannya yang kini bergelar 'K-Pop dancer' di sana dan membidas segala komen negatif orang ramai berkaitan dengan imejnya.

Kata Sabrina, selagi dia tidak memudaratkan sesiapa, dia bangga memberitahu pada dunia bahawa itu adalah cara hidupnya, berhijab tapi tetap memilih untuk menari.

"Ada orang DM saya kata 'awak akan ke neraka'"


"Dalam Islam, perempuan pakai tudung tak patut menari, takboleh menyanyi, bla bla bla"


"Bagi saya, selagi saya buat benda yang betul, saya tak memudaratkan sesiapa, then takde masalah pon untuk saya menari."

 

 

"Buat lah apa awak nak buat, tapi jangan drag agama sekali..."

Susulan temubual tersebut yang kian tular di Malaysia, ramai yang membidas kenyataan dar Sabrina malahan tidak setuju dengan kata-katanya yang menggunakan nama Islam dalam menyatakan pendapat.

Ada yang siap bagi surat terbuka untuk Sabrina...

"Dari dulu cancel dia ni, tah pape."

"Bahay statement gini, haram tetap haram.."

"Sabrina kena start terima pandangan orang.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen