“Macam mana aku nak masuk?” – Pemandu bengang kereta sebelah berhimpit sampai makan kotak ‘parking’ orang

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika belajar mengambil lesan memandu, pastinya tenaga pengajar telah mengajar cara-cara yang betul untuk memandu di jalan raya sekaligus meletakkan kereta dengan betul.

Bagaimanapun, tidak semua pemandu mengamalkan apa yang diajar sebaliknya hanya bertindak ikut ‘kepala sendiri’ selepas mendapat lesan.

'Parking' sampai masuk kotak orang.

Itulah yang cuba dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Auza ini apabila meluahkan rasa bengang melihat keretanya dihimpit kenderaan lain.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kereta miliknya itu dihimpit dengan kereta lain yang turut memakan kotak ‘parking’ sekaligus meletakkan kenderaan berkenaan secara senget.

@auza_88

Ak syak owner tak tahan nak berak kot 🤪

♬ original sound - Penjenayah_Merahjambu

Perkara tersebut membuatkan penumpang tidak boleh masuk ke dalam keretanya memandangkan kenderaan tersebut begitu rapat dengan pintu.

Menurutnya, isterinya terpaksa masuk melalui belah pemandu gara-gara perkara tersebut.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut geram melihat tindakan pemandu kereta tersebut.

Malah, mereka juga mendakwa bakal melakukan pelbagai cara bagi mengajar pemandu berkenaan.

Patut calarkan je

Sakit hati tengok macam ni

Lesen beli ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen