Tragedi lima sekawan maut kemalangan, kerajaan Perak tanggung semua kos urus jenazah

Sepertimana semua sedia tahu, hari ini kita telah dikejutkan dengan satu insiden menyayat hati membabitkan lima sekawan yang ditemui rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, dekat Kuala Kangsar.

 

Kerajaan negeri Perak tanggung keperluan pengurusan lima jenazah dan waris 

Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri iaitu Ahmad Saidi Mohammed Daud, segala keperluan penguruan jenazah akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Ia termasuk penginapan untuk keluarga, makan dan minum mereka sepanjang pengurusan jenazah yang akan diuruskan sepenuhnya kerajaan negeri bersama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

"Kerajaan negeri dan juga USAS berharap agar jenazah dapat diuruskan di sini sebelum proses membawa pulang jenazah untuk pengebumian berhampiran keluarga masing-masing."

"Proses membawa pulang jenazah termasuk kos van juga ditanggung oleh kerajaan negeri dan Usas."

-Ahmad Saidi-

 

Untuk makluman, kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 23 tahun yang rentung adalah pelajar dari universiti yang sama.

Mengikuti lanjut perkembangan semasa, difahamkan pemandu treler yang juga terbabit dalam nahas telahpun ditahan reman bagi membantu siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen