Datang nak buat tinjauan, 'security' mengamuk tengking media. -"Tak boleh, hari ni saya bertugas!"

Sejak semalam, kecoh di laman Twitter akan sebuah video menyaksikan kekecohan yang berlaku di luar pejabat Imigresen melibatkan pengawal keselamatan (security) dan pihak media.

'Security' mengamuk tengking media

Dalam paparan berdurasi 1 minit itu, memperlihatkan tindakan 'security' bertugas mengamuk dan meninggikan suaranya terhadap pihak media yang ingin membuat tinjaun.

Di fahamkan, tinjauan dibuat bagi mengenal pasti punca pengurusan di sana perlahan sehingga orang ramai mengambil waktu yang lama beratur menunggu giliran.

 

 

Walau bagaimanapun, pihaknya dihalau selain diugut untuk memanggil polis sekiranya mereka tidak beredar dalam kiraan 5 saat.

"Awak perlu ada keizinan untuk berada di sini, ini UTC, faham tak?"

"Tinggalkan tempat ni sekarang sebelum saya panggil polis."

Rampas telefon lepas tahu dirakam

Bukan itu sahaja, 'security' berkenaan juga dilaporkan telah merampas telefon bimbit salah seorang petugas media secara paksa selepas mendapati aksi amukannya dirakam.

 

"Etika kerja ke laut, baju fesyen sendiri"

Susulan perkongsian, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon warganet berhubung insiden yang berlaku selain menitip teguran terhadap etika pengawal keselamatan terbabit.

 

"Memang ramai tak profesional"

 

"Dia ingat kedai kopi ke?"

Menurut mereka, tindakannya berbuat demikian seperti mengundang musibah untuk diri sendiri selepas melihat caranya mengawal situasi itu yang sebenarnya boleh dibawa bincang.

 

"Lagak macam bos"

"Dia jerit tanpa sebab"

Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sewaktu berada di tempat kejadian.

"Rakan saya ada waktu kejadian"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen