Berdandanlah Kamu Seperti Mana Kamu Suka Melihat Isterimu Berdandan, Apa Pentingnya Dandanan Lelaki Di Mata Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki mahupun seorang suami amat suka melihat isteri atau pasangannya berdandan untuknya setiap hari. Memakai pakaian yang cantik, memakai sedikit pemerah pipi, berpakaian kemas dan pelbagai lagi. Namun, bagaimana dengan seorang lelaki? Adakah anda juga berdandan untuk si isteri dan pasangan anda? Seorang isteri atau seorang wanita juga gemar melihat suaminya atau pasangannya berdandan untuknya. Tetapi, perkara ini tidak ramai yang melakukannya. Ramai yang menganggap hanya isteri atau wanita sahaja perlu berdandan, manakala suami atau lelaki tidak perlu berdandan.



Berdandan yang dimaksudkan di sini bukanlah memakai makeup mahupun berpakaian seperti perempuan tetapi lebih kepada menjaga penampilan dengan memakai pakaian yang kemas, menyikat dan merapikan rambut, misai serta memakai bau-bauan di badan. Kenapa seorang lelaki atau suami perlu berdandan untuk pasangannya?

Jika seorang suami atau seorang lelaki berdandan ketika bersama isteri atau keluar bersama pasangan, ini akan membuatkan hati isteri atau pasangan anda merasa lebih tenang melihat anda. Cuba anda bayangkan jika anda dalam keadaan tidak kemas dan tidak berdandan sedikit pun, bagaimana perasaan pasangan anda? Pasti mereka akan merasa sedikit rimas dengan penampilan anda. Mereka juga mungkin malu menyatakan anda adalah pasangannya.



Di samping itu, jika seorang lelaki berdandan untuk kelihatan lebih menarik. Ia sebenarnya mampu membina keyakinan diri sendiri. Jika anda tidak kelihatan kemas dan menarik, anda akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Penampilan yang menarik dan kemas mampu menjadi salah satu faktor menjadikan anda seorang yang berani. Jika anda dalam keadaan menarik, orang ramai juga akan menumpukan perhatian mereka kepada anda. Jadi bila jalan bersama pasangan itu barulah rasa confident sikit.

Selain itu juga, anda akan kelihatan lebih segar dan bermaya. Jika anda dalam keadaan tidak terurus, rambut tidak bersikat serta tidak merapikan jambang mahupun misai. Anda akan kelihatan seolah-olah orang yang sedang sakit tetapi jika anda berdandan maka anda akan lebih kelihatan segar dan menarik.

Jadi berdandanlah anda untuk kelihatan lebih menarik di mata pasangan anda. Agar si dia tidak mudah kelihatan jemu melihat dan bersama anda sepanjang hari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen