Bujang Vs. Sudah Berpunya, Elakkan Diri Anda Terperangkap Dalam Perhubungan Yang Sia-Sia!

Artikel kali ini, penulis tidak mahu menjadi diskriminasi antara dua gender kerana kedua-duanya mempunyai kelemahan dan keburukan mereka sendiri. Lelaki dan wanita, tidak lari daripada kancah negatif yang melibatkan hati dan perasaan.



Setiap daripada mereka, mungkin tiada niat untuk mempermainkan perasaan pasangan, tetapi mereka barangkali terlalu mengikut perasaan dan suka melihat reaksi pasangan apabila tersakiti. Mereka ini sakit. Jadi, jangan terlibat dalam perhubungan yang sia-sia jika anda tidak mampu untuk menolong golongan ini menjadi manusia yang lebih baik. Sudah berpunya tidak semesti sudah berkahwin, ada juga yang sudah bertunang dan mempunyai bakal isteri atau suami, atau pun masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.
 

 

                           Bujang

                                  Sudah Berpunya

  • Masih lagi mencari-cari cinta yang sejati dan setia. 
  • Mereka masih lagi mencari kerana sudah lama          hubungan terjalin dengan pasangan.
  •  Masih pentingkan diri sendiri kerana belum lagi   berkeluarga. 
  • Hanya mementingkan pasangan baru untuk  menjaga hati mereka.
  •  Masih tidak dapat memahami hati pasangan   kerana mereka terlalu memikirkan hati dan     perasaan mereka terdahulu. 
  • Sangat memahami dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti anda.
  •  Masih lagi berniat untuk meminjam duit   daripada pasangan dan sukar untuk   memulangkannya kembali. 
  • Sentiasa menghulurkan duit pada anda dan tidak mahu melihat anda susah.
  •   Sentiasa bertukar-tukar pasangan, dan bosan      dengan setiap pasangannya.
  • Kita tidak akan tahu berapa ramai pasangannya, tetapi sering  menerima mesej atau call daripada orang lain.
  •    Walaupun mereka sudah ada pasangan,             mereka sentiasa  mengaku mereka masih           mencari dan single.

 

  • Sebahagian daripada mereka mengaku mempunyai  isteri atau tunang kerana mereka bekerjaya dan sudah ada harta.
  • ada juga yang tidak mengaku kerana untuk mengelak daripada kaki kikis tetapi hanya mahu menghilangkan rasa bosan mereka.

 

Jangan la kita bahagia di atas kesengsaraan orang lain walaupun sudah tahu mereka sudah berpunya. Allah telah memberi kita akal untuk membuat pilihan yang bertepatan dengan hidup anda. Jika pilihan yang sangat meragu-ragukan, minta nasihat daripada ibu bapa, sahabat, atau kaunselor. Bercinta Kerana Allah, jangan bercinta kerana nafsu!

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen