Tular jual inai tak sah solat, 'founder' muda siap 'bodyshaming' wanita - "Lama dah taksuka dia ni.."

Oleh: Shasha Zack

Bagi kaum wanita, sudah menjadi fitrah untuk mencantikkan diri dengan aksesori dan perhiasan atas diri mereka untuk tampil lebih yakin dan menarik.

Tidak terkecuali pemakaian inai bagi kaum perempuan yang dipercayai boleh menambah seri, selain keperluan memakainya dalam adat berkahwin.

Hukum pemakaian inai oleh kaum lelaki, adakah haram atau dibolehkan? -  Ad-din | mStar 

Viral inai claim sah wuduk, rupanya tak sah...

Namun demikian, pemakaian inai haruslah diteliti dari aspek sah solat kerana khuatir air wuduk tidak melepasi teksturnya. Begitulah kes yang tular ini, apabila dikatakan seorang founder inai yang menipu dalam jualannya.

Menerusi beberapa perkongsian yang tular di media sosial, satu jenama inai telah dikecam netizen gara-gara menjual inai yang tidak sah wuduk... 

 

@farhanazahra91 Cuba kikis inai korang, jadi putih x? Lau jadi putih tu xsah la wuduk kan mengikut kata @ustazahasmaharun ♬ original sound - Siscafellicia - yoora_sarah

"Alhamdulillah tahu awak, nak pergi umrah..."

 

@niknurfarlina Habis kuku aku, tapi Alhamdulillah tahu awal, kalau tak aku pergi umrah lusa dengan inai ni.. Allahu🥹 #founder #inai #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #malaysia ♬ Always Strong Anti Drop - DROPSAYY

"Founder jenis apa ni, buka aib orang..."

Susulan tularnya hal ini, satu video menunjukkan founder inai 'viral' ini telah bersikap kurang sopan apabila dia memalukan seorang wanita berbadan besar, katanya demi menutup salah sendiri.

Dalam video, dilihat founder berkenaan siap menyebut tentang baju yang dipakai wanita berkenaan, buat netizen berang...

 

@nrfarishanatasha

 

♬ original sound - F.a.r.i.s.h.a.a

"Inai makcik sebelah..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan founder berkenaan yang disifatkan melampau kerana sanggup membuka aib orang lain, semata-mata untuk menutup salah sendiri.

"Dia dah salah, nak tegakkan benang yang basah..."

"Tak payah dah beli produk dia..."

"Orang cakap pasal inai dia, dia kalut peruduh orang nak tutup salah dia..."

"Memang berdosa seller tu..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen