Boleh halau kenderaan anda keluar dari premis - Ini antara kuasa sebenar 'Pak Guard'

Oleh: Shasha Zack

Acap kali kita didedahkan dengan isu pengawal keselamatan yang dikatakan 'kerek' dan berlagak dengan tugas yang mereka pikul, hingga terkadang boleh menimbulkan pergaduhan.

Namun, tahukah anda apa tugas sebenar pengawal keselamatan hingga mereka bersikap demikian?

Kerja pengawal keselamatan warganegara asing hanya untuk Nepal sahaja – Air  Times News Network

Tindakan relevan Pak Guard

Biasanya, pengawal keselamatan atau Pak Guard yang ditugaskan untuk menjaga kawasan rumah, sekolah dan sebagainya mempunyai sikap tegas dan penuh disiplin dalam diri mereka.

Antara tindakan relevan yang dibolehkan oleh beliau terhadap orang awam adalah:

Boleh menyerang suspek atau pertahankan diri

Pak Guard dibolehkan untuk menyerang suspek dengan kaedah fizikal sekiranya premis yang dijaga berdepan masalah atau individu tak sepatutnya.

Walaubagaimanapun, tahap fizikal yang digunakan haruslah sekadar untuk menamatkan konflik dan bukanlah sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Boleh mengikat suspek 

Selain itu, mereka juga boleh mengikat suspek bagi tujuan memastikan pergaduhan segera dileraikan seterusnya menghubungi polis bagi tindakan lanjut.

Viral lelaki bergaduh dengan pengawal

'Kuasa' sebenar Pak Guard

Mengkikut undang-undang yang telah termaktub, sebenarnya Pak Guard mempunyai banyak kuasa yang sah di sisi undang-undang. Antaranya adalah:

1. Dibenarkan menangkap dan menahan mana-mana individu yang menceroboh

Bagi kawasan larangan atau persendirian, pengawal keselamatan dibolehkan bertindak sedemikian untuk menjaga keselamatan penduduk atau orang awam dalam premis.

2. Boleh menghalang kenderaan penghuni yang culas

Untuk kes ini, bagi penduduk yang culas membayar 'maintainance' rumah yang didiami, Pak Guard berkuasa untuk menghalang kenderaan mereka dari memasuki premis, seperti yang diarahkan oleh pemaju kawasan perumahan.

Justeru, jika tanggapan kita mengenai tindakan Pak Guard yang menghalang empunya rumah masuk ke rumah sendiri, sebenarnya ianya salah di sisi undang-undang kerana mereka hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

3. Boleh halau kenderaan keluar

Sekiranya pemilik enggan menuruti perintah pengawal keselamatan atau cuba merempuh penghadang, Pak Guard dibolehkan menghalau dan bertindak asalkan tidak membahayakan nyawa sendiri.

Jaga Nepal 'cengey' kena angkut

Apa yang tak boleh dibuat Pak Guard

Tindakan meminta dokumen orang awam sebelum memasuki mana-mana premis adalah satu kesalahan undang-undang.

Mana-mana pengawal keselamatan sebenarnya tidak dibenarkan meminta dan menyimpan dokumen pengenalan diri kita. Mereka sebenarnya tidak punya hak meminta dokumen-dokumen tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen