Rempuh dua pemotong rumput tepi jalan, pelajar tingkatan 5 mengaku tak bersalah sebabkan kematian

Berikutan insiden 7 Mei lalu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua orang pemotong rumput.

Remaja tak mengaku bersalah

Walau bagaimanapun, remaja terbabit tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.

Mengikut pertuduhan pertama, remaja itu didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian pekerja pemotong ruput, Siaouca Chakma, warga Myanmar berusia 21 tahun di Jalan Pintasan Semeling.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu secara berbahawa hingga menyebabkan kematian seorang lagi pekerja pemotong rumput pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.

Dibenar ikat jamin

Oleh yang demikian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lebih lima tahun dan denda tak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Walau bagaimanapun, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan mahkamah kemudian menetapkan 27 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen