Lelaki ‘Tall, Dark And Handsome’ Menjadi Tarikan Si Gadis? Adakah Mereka Setia?

Bergantung kepada individu, pasangan yang bagaimana menjadi idaman setiap gadis. Tetapi kini, di negara kita lelaki tinggi, berkulit hitam manis dan kacak menjadi igauan setiap gadis. Sudah la tinggi, pandai pula bersukan. Lelaki yang dahulu nya tiada rupa dan mempunyai postur badan yang tidak meyakinkan, kini sudah berubah.

Kenapa lelaki ini menjadi tarikan?

1. Mempunyai kulit putih, licin dan gebu adalah impian si gadis. Jadi mereka lebih memilih pasangan yang mempunyai warna kulit yang berbeza. Ini kerana bagi mereka, pasangan itu perlulah mempunyai tarikan diri masing-masing.

2. Kebanyakan lelaki yang berkulit gelap, mereka lebih aktif bersukan dan lebih suka dengan aktiviti di luar rumah. Mereka lasak dan gemar dengan aktiviti ekstrem. Siapa sangka gadis zaman sekarang lebih menggemari sukan ekstrem? Jangan hanya ingat mereka pandai memasak sahaja!



3. Kebanyakan si gadis comel yang mempunyai purata ketinggian yang sederhana, lebih memilih lelaki tinggi, kerana mereka sangat meyakinkan. Di samping itu, mereka juga kelihatan lebih macho.

4. Mereka kelihatan sangat berkaliber.

5. Kelihatan sangat misteri dan seperti menjual mahal menjadi tarikan pada si gadis yang ‘extrovert’.


Tetapi adakah lelaki dengan tarikan ini lebih setia berbanding dengan yang lain?

1. Lelaki yang aktif sudah tentu telah berjumpa dengan ramai orang. Mempunyai ramai kenalan tidak kira lelaki atau gadis menjadi pilihannya sendiri. Si gadis perlu lebih memahami dirinya yang ramai kenalan dan perasaan jeles anda perlu diletak tepi.

2. Mereka lebih gemar bebas tanpa di arah atau di ganggu oleh orang lain. Si gadis tidak boleh menjadi seorang yang terlalu mengongkong kehidupannya.


3. Namun begitu, jika si gadis boleh mengikut rentak hidupnya yang aktif dan pandai membawa diri malah pandai bertegur siapa dengan ahli keluarganya, lelaki ini akan tertarik dengan anda.

4. Mereka kelihatan sangat memilih dengan ciri-ciri bakal kekasih hati, jika anda boleh berhias sedikit untuk menarik perhatian si dia tidak salah, namun jangan pula anda menjadi seperti gadis yang tidak tahu malu dan gedik.

Jika si lelaki ini setia dengan anda, anda sangat beruntung, jangan lepaskan si dia!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen