Dituduh pura2 sakit, Ustaz Kazim bidas dakwaan netizen. -"Ini bukan gimik"

Ustaz Kazim Elias kini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas timbul beberapa dakwaan memaklumkan bahawa pendakwah itu hanya pura-pura sakit.

 

"Saya tak perlukan gimik"

Tidak berdiam diri, beliau kemudiannya tampil menjelaskan perkara sebenar sekaligus membidas dakwaan tersebut.

"Itu adalah keadaan diri saya ketika ini dan memohon mereka yang mempunyai ilmu mengubati sihir peluru katak untuk bergabung tenaga membantu."

"Saya tak perlukan gimik sebegitu untuk memasarkan diri atau mempromosikan filem."

-Kazim Elias-

"Saya malu"

Tambahnya, masalah kulit yang kini dialami mulai merebak selepas menjalani pembedahan pada bahagian kakinya.

"Saya tak boleh siarkan keadaan yang lain kerana saya malu. Saya rasa rendah diri sangat-sangat dan sebab itu saya siarkan gambar lengan itu sebagai kiasan pada badan saya."

"Saya perlukan pertolongan daripada sesiapa, baik doktor atau perubatan untuk merawat saya. Sakit gatal, gelisah, pedih dan pelbagai perasaan saya selama ini tak boleh lagi saya sorok."

-Kazim Elias-

Sakit misteri jejas kerja dakwah

Difahamkan, penyakit misteri yang dialami bermula sekitar lapan bulan lalu.

Disebabkan itu, Ustaz Kazim berdepan pelbagai kesan sampingan lain sehingga menjejaskan kariernya sebagai pendakwah dan penceramah.

"Saya tidak boleh tidur seharian sejak berbulan lalu. Saya bimbang dengan keadaan saya ini akan menghilangkan saya dari dunia dakwah saya."

"Malah, saya juga terpaksa menahan kencing bagi menjaga wuduk sekiranya menjayakan mana-mana program dakwah."

-Kazim Elias-

Sementara itu, bagi memperincikan lagi kepada umum akan fotonya sedang disolek, Ustaz Kazim menegaskan bahawa kesan khas tersebut memang bertujuan untuk pengambaran filem tentang dirinya.

"Ia adalah filem mengenai saya dan turut menggunakan kesan khas bagi menjadikan kulit saya buruk. Kita mengambil jurusolek khas seolah-olah menggambarkan keadaan kulit saya ketika ini."

-Kazim Elias-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen