“Beauty with brain!” – Taylor Swift terima ijazah kedoktoran

Oleh: Zuzu Yasmine

Taylor Swift, penyanyi terkenal antarabangsa menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) semalam.

Penyanyi berusia 32 tahun itu menerima gelaran doktor (DR) disaksikan ribuan penonton termasuk graduan 'class of 22' di Stadium Yankee yang penuh sesak.

Terkenal dengan lagu ‘Love Story’, penyanyi berkenaan tampil menawan dengan jubah doktor kehormat yang baru dianugerahkan bahkan sempat berjenaka apabila memberitahu khalayak yang dia berada di situ kerana mempunyai lagu berjudul '22'.

"Saya tidak pernah mendapat pengalaman belajar di kolej seperti biasa. Saya pergi ke sekolah tinggi awam sehingga gred 10 dan kemudian menamatkan pendidikan saya dengan menghabiskan tugasan di terminal lapangan terbang.

"Saya sama sekali tidak rasa layak untuk memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Anda semua telah berkorban dan belajar dan mengimpikan apa yang anda peroleh hari ini.

"Saya tidak akan memberitahu anda apa yang perlu dilakukan kerana tiada siapa yang menyukainya, tetapi saya akan memberikan anda tip, apa yang saya lakukan semasa saya mula menjadikan impian saya sebagai kerjaya.

"Jangan pernah malu mencuba," kata Swift dalam ucapannya.

Untuk makluman, penyanyi, komposer, penerbit dan pengarah itu memulakan kerjaya muziknya pada usia 15 tahun.

Sehingga kini, sebanyak 100 juta albumnya telah terjual dan memenangi pelbagai anugerah, selain mencatat rekod sebagai artis wanita pertama memenangi kategori Album Terbaik sebanyak tiga kali dalam Anugerah Grammy.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen