Harga roti canai naik melambung, peniaga harap orang ramai faham

Susulan kenaikan harga barangan di pasaran, kini roti canai akan dijual antara RM1.20 dan RM1.70.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim (Presma) iaitu Jawahar Ali Taib Khan.

Peniaga roti canai dilema harga tepung naik

Demikian adalah kerana mengenangkan harga seguni tepung dengan berat 25kg yang sebelum ini dijual pada harga RM45 menjadi RM65.

"Jika ini tidak dikawal, saya khuwatir akan berlaku sedikit kenaikan harga produk berasaskan gandum oleh 9,000 ahli Presma.

"Malah, tidak dinafikan pemborong mungkin mula sembunyikan tepung gandum dengan tujuan akhirnya menaikkan harga."

-Jawahar Ali Taib-

Larangan India eksport tepung tak jejaskan Malaysia

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan memaklumkan bahawa India menangguh sementara eksport tepung gandumnya susulan gelombang haba yang berlaku di sana.

Walau bagaimanapun, difahamkan hal itu tidak menjejaskan bekalan komoditi di Malaysia kerana ia mengimport 80% gandumnya dari Australia dan bakinya dari AS, Kanada dan Ukraine.

Namun begitu, masalah tersebut masih perlu diambil perhatian kerana ia mungkin akan menjejaskan pengguna serta pemilik restoran yang bergantung kepada tepung sebagai sumber utama dalam menu mereka.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen