Ikut rapat kereta polis iring van APM, penunggang motosikal terciduk kena marah 'on the spot'

Tindakan mengikut rapat mana-mana kenderaan milik kakitangan barisan hadapan yang perlu bergegas membawa pesakit atau sedang berada dalam kecemasan sering kali terjadi.

Walaupun kita sedia tahu bahawa ia sememangnya satu kesalahan, namun kejadian sama berulang lagi dan lagi.

 

Ingatkan nak bantu

Misalnya seperti yang dihadapi oleh pasukan Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ini, yang mana perkongsiannya ada dimuat naik oleh Sultan Dotcom di Tiktok.

@captaindotcom

Untuk penunggang motosikal.. jangan duduk di blkg atau tengah jika seperti ini.. membahayakan keselamatan awak dan kenderaan kecemasan.. tolong alert jarak awk dan kenderaan kecemasan.

♬ Conquest of Paradise - Vangelis

 

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan seorang penunggang motosikal dengan selambanya mengikut rapat kereta polis yang ketika itu sedang mengiiringi van JPAM.

Penunggang motosikal terciduk kena marah

Namun begitu, nasib tidak memihak kepada penunggang motosikal terbabit apabila dia dimarahi oleh salah seorang anggota polis yang berada di tempat duduk bahagian belakang.

Jika dapat dilihat, anggota itu membuka sedikit pintu kereta dan lantas mengeluarkan tangannya seperti menyuruh pemilik motosikal itu menjauh kerana selepas kejadian penunggang motosikal tersebut terus menukar laluannya.

"Kan dah kena marah"

Menjengah ke ruangan komen, ramai terhibur mengenangkan gelagat kedua-dua mereka kerana beranggapan ia satu bentuk pengajaran yang sewajarnya buat individu keras kepala seperti itu.

"Pengajaran untuk penunggang motosikal"

 

"Ingatkan viral jadi hero"

 

"Mesti dia murung sampai rumah"

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen