Disangka ‘Mat Saleh’ cari ‘duit tepi’, rupanya ‘cleaner’ kacak asal dari Pakistan

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular akan video yang memaparkan seorang lelaki kacak bekerja sebagai cleaner ditemui di Putrajaya telah menjadi perhatian ramai.

'Cleaner' kacak jadi perhatian

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Maya Suhaimi itu memaparkan lelaki berwajah tampan itu sedang leka membersihkan tong sampah di kawasan tersebut.

@mayasuhaimi #fyp #matsalleh #cleanershrimp ♬ ZOOM - Jessi

Malah, pada awalnya pelbagai tanggapan warganet berhubung lelaki berkenaan bahkan ada yang beranggapan dia sebagai model yang membuat konten.

Bagaimanapun, apabila Maya Suhaimi bertemu kembali dengan pekerja tersebut dan bertanya secara langsung mengenai diri lelaki berkenaan.

Nama belakang ada 'Khan'

Menurutnya, pekerja itu berasal dari Pakistan dan mempunyai nama ‘Khan’ di belakangnya. Dia memang bekerja sebagai ‘cleaner’ di Putrajaya.

@mayasuhaimi #bukanmatsalleh #fyp #handsomekan ♬ ZOOM - Jessi

Pejelasan itu sekali gus menafikan segala tanggapan yang dibuat netizen dengan ‘berfantasi’ mengatakan lelaki itu adalah agen rahsia ataupun aktor kacak yang sedang membuat konten.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum akan ketampanan lelaki berkenaan malah ada yang mencadangkan agar pekerja berkenaan dijadikan model kerana paras rupanya itu.

Boleh jadi model ni

Tak pasal kena fitnah

Pakistan banyak helok2

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen