"Bahagia hanya mereka yang rasa." -Dua beranak main hujan di taman permainan undang sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Kebahagian itu datang dari pelbagai sudut, bukan sekadar harta benda sahaja yang boleh dijadikan ukuran namun hubungan kekeluargaan yang erat juga boleh diambil kira.

Bermain dengan anak dalam hujan.

Baru-baru ini, tular akan sebuah video yang memaparkan dua beranak bermain di taman permainan di bawah hujan mengundang perhatian ramai.

@abeychicanoss46

abaikan kata orang hujan lebat sangat tkleh balik sbb bawak motor baby g hospital kkb so nak balik tkleh lebat sangat hujan so layan anak dia happy kita pun happy ♥️

♬ original sound - ikidevidudukdepi - yoonvi🐣

Berkongsi kisah disebalik video yang tular itu, Mohamad Izzwan Rozaimi, 24, memaklumkan bahawa dia, isteri bersama dua orang anaknya baru pulang dari hospital dalam keadaan hujan lebat.

“Kami sekeluarga baru balik dari Hospital Kuala Kubu Bharu. Disebabkan waktu itu tengah hujan, jadi saya tak nampak jalan nak teruskan perjalanan. Lagipun saya tengah bawa isteri dan anak kecil.

“Jadi kami ambil keputusan untuk tunggu dekat kedai mamak. Tapi biasalah budak kecil mana boleh duduk diam-diam. Isteri pun segan apabila orang sekeliling asyik pandang je kami sekeluarga. Dia ajak pergi tempat yang kurang ada orang.

“Apabila anak saya nampak taman permainan tu, kadi isteri saya pun ajak berteduh dekat situ saja. Sebaik sampai taman tu terus anak saya berlari pergi main jadi saya pun join dia sementara teinggu hujan reda,” ujarnya kepada Mstar.

Pakaikan topi keledar tak nak sakit

Mesra dengan panggilan Wan, dia memaklumkan bahawa rumah kediamannya mempunyai kawasan terhad malah atas dasar kasih dia tanpa segan silu menemani anaknya bermain meskipun di tengah hujan.

@abeychicanoss46

atas permintaan ramai kita sambung part 2 .. doakan kami yer satu hari nnty ank ok sbb pakai helmet yg deman papa nya jer

♬ original sound - ikidevidudukdepi - yoonvi🐣

Bapa ini turut memaklumkan bahawa dia memakaikan anaknya topi keledar pada ketika itu bagi memastikan si kecil tidak jatuh sakit.

Melihat video yang dimuat naik di TikTok itu, rata-rata warganet memuji keluarga ini selain terharu melihat kegembiraan mereka.

Betulah orang kata, kadang kala wang ringgit bukan pengukur sebuah kebahagiaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen