Hanya guna 25% untuk bayar gaji pekerja? Majikan Malaysia dicop paling kedekut di Asia Tenggara

Oleh: Zuzu Yasmine

Majikan Malaysia dikatakan hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji sekaligus dicop sebagai paling kedekut di Asia Tenggara terutama dari segi bayaran upahan

Memetik laporan Utusan Online, angka itu adalah antara yang terendah di rantau ini berbanding Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus) di bandar-bandar utama negara berkenaan.

Namun, perbezaan peratusan yang ketara itu perlu mengambil kira populasi negara dengan Malaysia (33 juta), Indonesia (273 juta), Filipina (109 juta) dan Singapura (5.6 juta).

Menurut Presiden Kongres Kesa­tuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berpandangan, peratusan bayaran yang begitu rendah itu tidak masuk akal kerana rata-rata majikan berkemampuan untuk membayar lebih daripada gaji minimum RM1,200.

Malah, katanya, kerajaan sudah membantu majikan dalam pelbagai bentuk bantuan bagi meraih semula pendapatan yang hilang sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

“Mereka sering berkata sekarang bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum ke RM1,500 kerana kesukaran ekonomi dan Covid-19. Alasan ini sudah menjadi standard, sedangkan kerajaan telah mendahulukan pelbagai jenis bantuan bernilai berbilion ringgit.

“Majikan sepatutnya menjadikan masyarakat berkuasa beli, bukan memberikan masyarakat kuasa berhutang. Apabila bayar gaji rendah, ini membuka ruang untuk berhutang, pekerja terpaksa buang masa kerja lebih masa.

“Bayangkan, majikan Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada KDNK untuk membayar gaji pekerjanya, Malaysia sudah menjadi negara paling kedekut di Asia Tenggara,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen