“Ustaz Kazim memang sakit kulit, keadaan tu jadi jalan cerita filem.” - Mawi

Oleh: Zuzu Yasmine

Pendedahan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias akan penyakit misteri nampaknya mengundang pelbagai reaksi warganet.

Malah, ada yang berpendapat bahawa pendakwah berkenaan sedang membuat gimik memperomosikan filem yang dalam pembikinan Mawi yang dikatakan berkisar kisah hidupnya.

Bagaimanapun, Mawi atau nama sebenar, Asmawi Ani menjelaskan, perkongsian Mohd Kazim berhubung penyakit dihidapi adalah betul.

"Memang Ustaz Kazim kena penyakit kulit. Apa yang dikongsi di laman sosial beliau semalam (kelmarin), adalah benar. Dengan keadaan kulit Ustaz Kazim begitu, kami jadikan sebagai jalan cerita untuk filem saya.


"Saya memang mengikut apa yang terjadi kepada Ustaz Kazim bagi menjadikan filem itu lebih realistik. Cuma kami memang ada menambah sedikit kesan solekan," katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Mawi bersyukur Mohd Kazim masih mampu meneruskan penggambaran filem berkenaan biarpun dalam kesakitan.

"Dalam keadaan yang tidak berapa sihat, Alhamdulillah, Ustaz Kazim masih mampu memberi komitmen menyiapkan filem itu. Malah, beliau kuatkan diri untuk meneruskan penggambaran," katanya.

Terdahulu, Ustaz Kazim berkongsi penderitaan sakit misteri yang dialaminya sejak lapan bulan lalu yang menyebabkan luka di seluruh badan dan juga wajah.

Menurutnya, keadaan itu membuatkan dia terasa sakit, gatal, pedih serta gelisah sehingga tidak boleh tidur seharian sejak beberapa bulan lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen