Biarkan pelajar makan bersila tanpa alas, JPN siasat sekolah tak ada 'common sense'

Sejak semalam, tular beberapa keping menyaksikan suasana jamuan makan di sebuah sekolah yang tidak dinyatakan namanya.

Dalam perkongsian itu, kelihatan para pelajar dibiarkan makan bersila di lantai tanpa alas, sementara barisan guru dan tetamu kenamaan pula selesa menjamu selera di atas meja dan kerusi yang disediakan.

JPN siasat sekolah biarkan pelajar makan tanpa alas

Selepas hantaran tersebut menjadi perdebatan dalam kalangan orang ramai, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diminta menjalankan siasatan ke atas sekolah terbabit.

Bagaimanapun, menurut Presiden Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui kebenaran dan mengelak tanggapan serta persepsi negatif pelbagai pihak.

"Jika benar berlaku, ia amat dikesalkan dan tidak sepatutnya terjadi. Mungkin pihak sekolah boleh menyediakan alas tikar untuk murid-murid duduk bersila supaya nampak tertib serta enak dipandang."

"Selain itu, pihak sekolah juga sepatutnya menyediakan tempat makan yang sesuai dan bersih kepada murid, malah tak wajar diperlakukan sebegitu terutaman ketika sambutan Hari Guru, sedangkan tetamu kenamaan disediakan meja kerusi."

-Mohd Azizee-

Tetamu kenamaan ada meja berhias

Bukan itu sahaja, antara gambar itu juga kelihatan seorang lelaki menyerahkan sampuk duit raya kepada murid serta gambar guru duduk di kerusi bersama meja makan berhias dalam majlis sama.

Hal itu sekaligus mengundang kemarah netizen melihat cara pengurusan pihak sekolah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen