Gambar dengan Najib disunting? 'Kawan rapat' lapor pada SKMM untuk siasat

Sejak akhir-akhir ini, hangat diperkatakan oleh orang ramai bahawa Najib Razak berkahwin lagi.

Ia susulan tular sekeping gambar bekas Perdana Menteri itu bersama seorang wanita dalam sebuah majlis hari jadi, yang dilihat sangat akrab, siap berpegangan tangan.

 

Gambar dengan Najib disunting?

Bagaimanapun, pengadu yang mendakwa 'kawan rapat' kepada Najib dan Rosmah memaklumkan bahawa pihaknya telahpun membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut pengadu, sewaktu gambar itu tersebar, Najib dan Rosmah juga terkejut melihat kapsyen yang disertakan bersama foto tersebut.

"Mereka kata gambar itu tak benar, dan meminta saya membantu melaporkan perkara itu kepada SKMM untuk tindakan lanjut."

"Mereka berharap akan ada siasatan berhubung perkara itu untuk membuktikan sama ada gambar itu disunting dan kapsyen itu palsu."

-SKMM-

Namun begitu, pengadu enggan dikenali sesiapa, cuma memaklumkan bahawa dia adalah kawan rapat kepada Najib dan juga isterinya, Rosmah Mansor.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen