"Saya didera rakan yang saya sayang & percaya." - FB Tangmo aktif semula, netizen kecoh tanya siapa yang update cerita!

Oleh: Shasha Zack

Kematian Tangmo Nida disahkan pihak polis adalah kemalangan semata-mata meskipun banyak bukti yang menyokong bahawa kematian aktres terkenal Thailand itu adalah dibunuh.

Siasatan kejadian di Sungai Chao Praya yang berlangsung selama 2 bulan itu akhirnya sepi begitu sahaja setelah kelima-lima individu dalam bot akhirnya terbukti tidak bersalah.

Tangmo: Police conclude Thai actress died of 'recklessness', 6 suspects  charged | Thaiger

FB Tangmo aktif, siapa yang update!!

Terbaru, kecoh hari ini apabila difahamkan akaun Facebook milik menidang Tangmo aktif ketika dia memuat naik beberapa posting dan 'story'.

Status dimuat naik pada pukul 4.01 petang menjelaskan dia (Tangmo) tidak pergi ke mana-mana dan masih menunggu kebenaran daripada lima individu.

Saya belum pergi mana, masih menunggu kebenaran daripada 5 orang. Jika tak mahu cakap benar, saya akan umum semua perkara yang berlaku atas speedboat malam kejadian kepada semua orang tahu.

Delete semua details dalam handphone.. Jangan ingat tak boleh recall balik ya kawan-kawan baik ku.

"Saya telah didera oleh rakan2 yang saya percaya.."

Status pertama yang dimuat naik pada 11.23 pagi, gambar Tangmo dari belakang dengan kapsyen dia telah didera oleh rakan yang dia sayang dan percaya.

 

"Semua orang jangan tinggalkan Mo..."

Labih buat netizen berderau, status kelima dimuat naik pada jam 8.30 malam menerusi Facebook Story.

Ini Mo. Semua orang, jangan tinggalkan Mo. Mo akan menunjukkan kebenaran, Mo tidak mahu apa-apa selain cinta yang semua orang berikan kepada Mo sekarang.

Panida tak ada access FB Tangmo

Menurut peguam Decha, Panida (Ibu Tangmo) tidak melakukan hal itu kerana dia tidak mempunyai access pada akaun FB anaknya.

Dalam pada itu, rakan-rakan Tangmo juga mengesahkan mereka tidak tahu kata laluan akaun Facebook itu.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan isu ini

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen