Elak negara terkesan harga minyak naik, golongan kaya mungkin kena bayar lebih?

Negara kini menyaksikan kenaikan harga barangan yang sangat luar biasa, ditambah pula selepas ini dikhabarkan akan berlaku pula krisis bekalan bahan makanan yang panjang.

Ia pasti membimbangkan banyak pihak, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah.

 

Golongan kaya tak boleh terima subsidi sama?

Walau bagaimanapun, isu tersebut makin rancak dibahaskan selepas Menteri Perdagangan Antarabangsa, Azmin Ali memaklumkan pihaknya sedang merancang mekanisme subsidi bahan api.

Konteks di dalam mekanisme itu adalah berkemungkinan golongan kaya perlu membayar lebih, yang mana langkah itu untuk melindungi negara daripada kesan kenaikan harga minyak mentah.

"Mereka mempunyai BMW tidak boleh menikmati subsidi yang sama seperti memandu Kancil."

Selain itu, ia juga bertujuan memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

Namun begitu, Azmin berkata kerajaan masih mengusahakan struktur yang sesuai berikutan kenaikan mendadak dalam unjuran subsidi bahan api untuk 2022 kepada RM28 bilion, berbanding RM11 bilion pada 2021.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen