Siti Rosmizah jelaskan 7 hari Mencintaiku tiada sambungan

Oleh: Shasha Zack

Drama kegilaan ramai, 7 Hari Mencintai 3 yang melabuhkan tirai 2 hari lepas, disahkan oleh penulis novelnya, Siti Rosmizah bahawa tiada sambungan selepas ini.

“Inilah karya terakhir saya untuk drama 7 Hari Mencintaiku. Selamat tinggal keluarga 7 Hari buat selamanya.” - Siti Rosmizah

Naratif berhujah Siti Rosmizah, sisi peguam novelis 7 Hari Mencintaiku -  Kosmo Digital

"Akan hadir satu drama penuh emosi lagi berat..."

Menurut perkongsian Facebook Kasman Kassim, Siti Rosmizah bakal mengeluarkan satu drama yang lebih berat dan penuh emosi pada tahun hadapan, berdasarkan novel 'best seller' nya berjudul 'Andai Itu Takdirnya'.

Difahamkan, hero bagi drama akan datang itu telah disahkan iaitu Syukri Yahaya manakala heroin nya pula masih menjadi tanda tanya.

"Mau kena maki lagi hero ni, novel ulang banyak kali tetap sedih..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat masing-masing dan mengenai novel berkenaan yang disifatkan hanya penuh emosi di buku pertama namun bukan yang kedua.

Walaubagimanapun, ramai juga yang meninggalkan komen untuk memilih pelakon lain selain dari yang pernah membintangi drama karya Siti Rosmizah.

"1st novel best tapi sekuel kelaut..."

"Ada member baca sampai keluar air mata..."

"Please replace hero dia, rasa bengap kalau tengok dia berlakon..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen