"Tiada konspirasi, hanya penternak nak teruskan hidup." - Tokey ayam jelaskan tiada isu ayam disorok, ayam habis

Oleh: Shasha Zack

Beberapa hari ini, isu ketiadaan bekalan ayam nampaknya semakin merunsingkan ramai peniaga, terutamanya mereka yang mengusahakan perniagaan berkaitan ayam.

Justeru, dengan kekecohan yang timbul, tampil seorang 'tauke' ayam, menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku..

"Bila bahan2 mentah naik harga, harga dedak meningkat..."

Menerusi perkongisian yang mula tular di media sosial, individu bernama Yani yang dipercayai seorang pemilik ladang ayam menjelaskan segala yang berlaku bukan lah satu konspirasi atau agenda mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahan pula, penjelasannya siap menyatakan setiap apa yang berlaku adalah berpunca dari kenaikan harga barang, mempengaruhi kenaikan harga ayam. 

"Penjelasan paling tepat setakat ni..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penjelasan dari Yani yang disifatkan telus dan tidak berselindung di sebalik konflik ini.

Malahan, mereka turut berharap masalah ini tidak berlarutan hingga putusnya bekalan ayam di negara kita.

"Tapi ada kata ayam tak lalu makan sebab cuaca panas..."

"Tapi alasan penternak semalam dalam paper, cuaca panas.."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen