"Mak kau pon aku pijak, apelagi kau." - Suami durjana selalu dera isteri, pernah ancam nak 'hentam' baby

Oleh: Shasha Zack

Mimpi ngeri bagi seorang wanita bernama Bella apabila perkahwinan yang disangka boleh membawa bahagia, akhirnya berakhir dengan derita.

Sudahlah sering dipukul hingga 'lunyai', malahan suami durjana itu sanggup mencuranginya!

Selalu jadi mangsa pukul, lepastu berani ancam anak baru 2 bulan pulak!

Menurut kisah menyayat hati Bella yang dikongsikan di Twitter, wanita tabah ini sering menjadi mangsa 'punching bag' suaminya sejak 2021 lagi!.

Pelbagai senjata digunakan termasuklah telefon bimbit dan laptop, singgah di segenap tubuh badannya hingga meninggalkan kesan lebam yang amat teruk!.

"Mummy kau pon aku pijak apa lagi kau...!

Bukan itu saja, suami durjana ini langsung tak teragak-agak untuk mengancam anak mereka yang baru berusia 2 bulan untuk menjadikan mangsa seterusnya pula.

"Tahniah menjadi plakor, dia masih dengan aku, korang dah bersayang-sayang..."

Tidak terhenti di situ penderitaan Bella, sudahla menjadi mangsa dera, si suami durjana siap mencuranginya dan sanggup bersayang-sayang dengan wanita lain.

 

Banyak kali dah buat report, masih sama..

Difahamkan, Bella pernah membuat laporan polis, namun menarik balik laporan atas dasar kasihan dan sayang. Namun setelah membuat berkali-kali laporan, malangnya masih belum ada tindakan.

"Mula2 kenal soft spoken je...

Menurut Bella, suaminya sebelum berkahwin mempunyai sikap sangat lemah lembut dan tidak disangka merupakan seorang 'abuser'. Alhamdulillah, mereka kini telah sah bercerai namun Bella masih berharap keadilan berpihak padanya.

Moga Bella terus tabah dan segala yang baik-baik untuknya!..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen