Kenal hanya 4 bulan, anak-anak tumpang gembira ibu bertemu jodoh lepas 8 tahun ‘single’

Oleh: Zuzu Yasmine

Teruja ibu bertemu pasangan hidup, tiga beradik sepakat meraikan hari bahagia ibu mereka yang sudah lapan tahun hidup ‘solo’.

Berkongsi akan video pernikahan ibunya di laman TikTok, Faizatul Najirah Ahmad Zalil berserta dua lagi adik beradiknya Fatini Syukriah, 29, serta adik bongsu, Ahmad Zafran, 26, mengakui bahawa tahun ini merupakan Syawal yang bermakna buat mereka sekeluarga.

@faizatulnajirahzalil3737 Selamat pengantin baru mak n abah #pengantinbaru #selamatpengantinbaru #pengantinviral #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - 🕸KroNoLoC🕸

Berkongsi akan kisah hidup ibunya, Faizatul Najirah yang juga jurusolek dan menetap di Padang Air Tepoh, Kuala Nerus berkata, ibunya sudah hidup sendirian selepas berpisah dengan bapa kandungnya, Ahmad Zalil Awang, 57, lapan tahun lalu.

@faizatulnajirahzalil3737 Part 2 rombongan mak kawen lagi, semoga mak bahagia sentiasa🥰 #pengantinviral #pengantin #fypシ #fypシ゚viral #fypmalaysia #fypindonesia ♬ Dj Sa Titip Dia Remix Viral Tiktok - Dj Rizal

Katanya, sejak itu, Nor Arini hanya fokus membesarkan mereka hingga masing-masing sudah berkeluarga.

"Emak pernah nyatakan hasrat untuk berkahwin sebelum ini, malah pernah berkawan dengan lelaki, cuma ditakdirkan jodoh emak dengan abah (Zainur) walaupun tempoh perkenalan mereka amat singkat iaitu empat bulan saja.

"Kawan emak yang memperkenalkan abah. Ikutkan abah pernah mengajak emak berkahwin pada November tahun lalu tetapi emak menolak kerana belum bersedia.

"Namun, akhirnya dia terbuka hati untuk bertunang pada Februari lalu sebelum melangsungkan perkahwinan pada Isnin minggu lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Faizatul Najirah, dia serta kakak dan adik tiada halangan buat ibu mereka berumah tangga lagi, malah pernah membantu memilih calon yang sesuai sebagai bapa tiri mereka.

Akhirnya, Zainur Ariffin, 65, datang dalam hidup Nor Arini, 55, dan mereka menerimanya selepas latar belakang bapa tirinya itu yang diyakini dapat membahagiakan keluarga.

"Kami bukan mahu masuk campur urusan peribadi emak cuma biarlah dia berkahwin dengan seseorang yang boleh menjaganya dan membimbingnya terutama dari segi agama.

"Alhamdulillah, jodoh emak sampai dan semuanya dipermudahkan kerana anak kandung abah juga boleh menerimanya.

"Sedih dan berat juga melepaskan emak kerana sebelum ini kami adik-beradik menjaganya dan kini dia sudah berpindah ke Seksyen 19, Shah Alam. Kami relakan dengan hati terbuka demi kebahagiaannya.

"Lagipun, kami adik-beradik sudah berumah tangga dan sedar emak juga berhak ada teman hidup untuk menjaganya dan menjadi tempat meluahkan perasaan," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen