Tahniah! Anak kelahiran Malaysia kini jadi Ahli Parlimen di Australia

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, Australia baru sahaja selesai menjalani Pilihan Raya Persekutuan yang diadakan pada 21 Mei lalu malah telah memilih barisan ahli Parlimen ke-47 Australia.

Namun, siapa sangka anak kelahiran Malaysia, Sam Lim jang juga bekas anggota polis serta pelatih ikan lumba-lumba telah dipilih menjadi salah seorang Ahli Parlimen negara berkenaan.

Untuk makluman, Sam Lim telah memenangi kerusi Perth di Tangey dan menewaskan calon Liberal, Ben Morton dengan margin 9.5%.

Difahamkan, Lim berjaya memenangi kerusi di wilayah Australia barat selepas menyokong tindakan yang membabitkan perubahan iklim selain konservatif dihukum pengundi kawasan berkenaan yang mengutamakan kawasan bandar.

Menurut laporan ABC, Lim telah dibesarkan dalam keluarga yang miskin malah rumah yang didiami ketika kecil itu mempunyai bumbung bocor, lantai tanah serta tiada bekalan air.

“Jadi kami terpaksa berhempas-pulas untuk 15 tahun pertama dalam hidup saya, tetapi 15 tahun itu membina saya sehingga hari ini.

Apabila saya terpaksa berjuang untuk memenangi kerusi ini, saya menggunakan semua keazaman yang saya peroleh dalam 15 tahun pertama hidup saya dan saya mencapainya.” katanya.

Sim Lim juga dikatakan pernah berkhidmat di Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana itu cita-citanya namun berhenti kerana gaji yang terlalu rendah.

“Saya menyertai pasukan polis pada 1980-an. Sebagai seorang konstabel, saya mendapat RM275 sebulan dan selepas potongan, hanya berbaki kira-kira RM180. Saya mahu berkongsi rezeki dengan ibu bapa, tetapi ia terlalu sedikit,” ujarnya.

Bagaimanapun, pada usia 45 tahun, dia menyertai polis Australia Barat dan menjadi individu bukan berkulit putih pertama dinobatkan pegawai tahunan Australia Barat pada 2020, sebagai menghargai jasanya dalam komuniti pelbagai kaum ketika pandemik Covid-19.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen