Terpaksa berkawad, jemur tengah panas demi tuntut hak, netizen bengang tengok nasib veteran 'diperlekehkan'

Oleh: Shasha Zack

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang 'disidai' tengah panas, demi menuntuk hak mereka sahaja.

Terpaksa mendengar ucapan dalam perhimpunan, berdiri lama di bawah terik mentari selama berjam-jam, netizen bengang melihat nasib puluhan veteran ATM yang umpama diperlekehkan.

"Tergamak ye korang buat veteran macamni, mereka hanya mintak kebajikan yang adil..."

Perkngsian @apanakdikato di Twitter meraih simpati ramai yang sayu melihat puluhan veteran yang terpaksa menahan kaki dan panas terik demi menuntut hak pencen mereka.

Menurut temubual bersama empunya video, mereka terpaksa berdiri lama sementara pihak atasan pula tenang berlindung di bawah khemah sambil mendengar ucapan berjela..

 

"Kalau kat US, dorang pakai medal and duduk je..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sayu melihat betapa para veteran terpaksa berdiri di kala cuaca panas kini sedangkan masing-masing sudah berusia.

"Masa berkhidmat kena sidai, dah pencen pon kena sidai..."

"Dataran Pahlawan jugak nak dibuatnya. Dahla musim panas ni..."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen