Starbucks ikut jejak McDonalds, keluar dari Rusia lepas 15 tahun beroperasi

Berikutan pergolakan yang berlaku di Rusia sejak beberapa bulan lalu, syarikat rangkaian kopi terkemuka, Starbucks mengumumkan akan keluar dari pasaran negara itu.

 

Lepas McD, Starbucks pula keluar dari Rusia

Selepas hampir 15 tahun beroperasi, syarikat itu kemudiannya memutuskan untuk menyertai McDonald's Corp dalam menandakan berakhirnya kehadiran beberapa jenama Barat terkemuka di negara itu.

Oleh yang demikian, sejumlah 130 kedai bertapak di Rusia dengan hampir 2,000 pekerja yang dikendalikan oleh pemegang lesennya Alshaya Group secara rasminya ditutup.

"Kami akan terus menyokong hampir 2,000 rakan kongsi apron hijau di Rusia, termasuk bayaran selama enam bulan dan bantuan untuk rakan kongsi beralih kepada peluang baharu di luar Starbucks."

-Alshaya Group-

Kos kerugian dirahsiakan

Walau bagaimanapun, Starbucks tidak mendedahkan kesan kewangan yang bakal ditanggung akibat keputusan diambil keluar dari Rusia.

Manakala, McDonald's memberitahu bahawa penutupan seluruh premis di Rusia mengakibatkan pihaknya menanggung kerugian sekali sahaja iaitu sebanyak AS$1.2 bilion hingga AS$1.4 bilion.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen