“Saya nak kahwin, saya terima poligami.” – Gadis Sudan bawa sepanduk di jalanan cari calon suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan membina sebuah keluarga bahagia bersama insan yang disayangi.

Malah, pelbagai perkara yang dilakukan untuk mencari pasangan hidup ini sehingga langkah terakhir pastinya sanggup melakukan langkah tidak terjangka.

Bawa sepanduk cari calon suami

Hal yang sama berlaku di Sudan apabila seorang gadis mengambil langkah berani untuk mencari suami dengan mengelilingi bandar Khartoum sambil membawa sepanduk semata-mata untuk mencari calon teman hidupnya.

Mengenakan hijab berwarna merah jambu, foto wanita berkenaan sambil berdiri di sebelah lampu isyarat serta memegang sepanduk telah menjadi tular dan bualan orang ramai di media sosial.

Melalui foto yang tular itu, jelas dapat dibaca tulisan yang ditulis di atas sepanduk yang dipegangnya.

“Saya mahukan pengantin lelaki. Saya nak kahwin. Saya terima poligami”.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga turut menulis nombor telefon bimbitnya di bahagian bawah pada sepanduk itu. Tindakan wanita tersebut pantas menjadi bualan ramai, khususnya dalam kalangan penduduk tempatan di bandar tersebut.

Penurunan dalam perkahwinan

Memetik laporan Gulf News, Sudan melaporkan penurunan ketara dalam kadar perkahwinan dan peningkatan yang ketara dalam bilangan perceraian.

Pada 2020, kadar perkahwinan menurun sebanyak 21 peratus berbanding 2018. Negara itu merekodkan 142,949 perkahwinan pada 2020 berbanding 180,563 pada 2018.

Difahamkan, situasi ini turut mendapat perhatian pakar yang merumuskan bahawa penurunan besar itu adalah disebabkan oleh banyak faktor, termasuk keadaan ekonomi Sudan yang turut terjejas dan juga kesan akibat wabak Covid-19.

Sementara itu, statistik mengejutkan dari badan kehakiman Sudan tahun lalu yang mana menunjukkan bahawa tujuh perceraian berlaku setiap jam di Sudan sekali gus menjadikan lebih 60,000 kes penceraian dilaporkan pada 2020.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen