"Sebenarnya start 1997 lagi." - Ustaz Kazim dedah keadaan sebenar di Meletop, buang 'makeup' buat hos sayu

Oleh: Shasha Zack

Keadaan terkini pendakwan terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias menggemparkan orang ramai ketika dia berkongsi penyakit misteri yang menimpanya, didakwa sihir yang dihantar seseorang.

Terbaru, dalam satu perkongsian ekslusif di Meletop, Ustaz Kazim hadir sebagai tetamu undangan, bercerita malahan menunjukkan sendiri luka misteri di badannya, buat ramai sayu.

"Ini bukan marketing, buat apa marketing nama saya tak perlu dah semua tu..."

Menegaskan penyakit ini bukanlah satu marketing untuk filem lakonannya yang bakal diterbitkan, Ustaz Kazim menyatakan fakta mengejutkan ketika dia rupanya telah diserang penyakit ini sejak tahun 1997.

Meskipun dalam keadaan sakit, Ustaz Kazim tetap menguatkan semangat untuk berdakwah dan memberi ceramah, demi tidak mengecewakan jemputan yang diterima.

Dalam perkongsian eksludif di Meletop itu, Ustaz Kazim dengan sendiri mengelap wajahnya dengan tisu basah dan menunjukkan keadaan dan luka di tubuh badan serta mukanya, buat hos, Nabil dan Elly Mazlein terkejut dan sayu.

"Mungkin aib untuk saya, isteri dan keluarga, tapi dah taktahu nak mintak tolong siapa..."

Tambah Ustaz Kazim, mungkin pendedahannya boleh mengaibkan diri, isteri serta keluarga, namun apalah daya manusia sepetinya, hanya ingin membuktikan bahawa penyakit ini bukan propaa dan ingin sesiapa yang pakar mengubatinya.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim juga memberitahu, dia perlu kuat semangat dan bangun bekerja, barulah dapat melupakan penyakit misteri dihadapinya. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen